Bapa durjana jadikan anak kandung hamba seks selama 11 tahun

Bapa durjana jadikan anak kandung hamba seks selama 11 tahun

Bapa durjana jadikan anak kandung hamba seks selama 11 tahun
Bapa durjana jadikan anak kandung hamba seks selama 11 tahun

MUAR: Perubahan fizikal badan seorang pelajar membongkar rahsia kerakusan bapa kandung yang tergamak menjadikan anaknya sebagai hamba seks, hingga hamil tujuh bulan.

Kejadian itu terbongkar selepas seorang ahli keluarganya menyedari perubahan fizikal mangsa berusia 17 tahun itu, sebelum mengakui dia dirogol.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian berlaku sejak mangsa berusia enam tahun dan ia berlarutan sehingga kini.



Beliau berkata, kejadian berlaku di sebuah kawasan di daerah ini dan mangsa tampil membuat laporan dia dirogol.

“Bagaimanapun, ujian saringan air kencing mendapati mangsa sudah hamil. Siasatan polis mendapati mangsa dirogol sejak usia enam tahun,” katanya di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Suara Demi Najib” mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak




Susulan itu, Raiz Mukhliz berkata, suspek bersuai 41 tahun yang juga bapa kandung ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, laporan diperoleh mengatakan kejadian berlaku di rumah mangsa dan ujian air kencing mendapati suspek positif Methamphetamin.

Sementara itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk mendapatkan perintah reman.

Majistret Fatin Dalilah Khalid kemudian membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Bapa durjana jadikan anak kandung hamba seks selama 11 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button