Enam suspek kes gaduh disambung reman

Kota Bharu: Reman enam daripada tujuh suspek yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah pasar raya, di sini, Jumaat lalu disambung dua hari sehingga Rabu ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, enam suspek berkenaan berusia 24 hingga 30 tahun.

“Tujuh suspek terbabit direman selama tiga hari sehingga hari ini untuk membantu siasatan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.



“Bagaimanapun, enam suspek disambung reman sehingga 27 April ini, manakala permohonan reman suspek berusia 19 tahun ditolak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam 22 April lalu, sekumpulan lelaki bergaduh di sebuah pasar raya dipercayai akibat perasaan tidak puas hati antara pekerja kedai alat telekomunikasi.

Insiden itu tular menerusi tiga klip video berdurasi tujuh, 27 dan 31 saat yang dirakam orang awam.

Hasil semakan mendapati lima daripada tujuh suspek mempunyai rekod lampau berkait kes dadah dan jenayah.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading