Intergriti Nazlan tercalar, wajar direhatkan sementara
Institusi Kehakiman dipandang tinggi dalam heraki sesebuah negara. Ia melibatkan kebijaksanaan Yang Arif dalam menjalankan tanggungjawab untuk memberi keadilan tanpa prejudis.
Namun demikian, Institusi Kehakiman juga tidak terlepas dari kontroversi.
Terbaru, Mohd Nazlan Mohd Ghazali berdepan dengan kontroversi melibatkan intergriti beliau selaku seorang Hakim.
Pendedahan yang dilakukan Raja Petra Kamarudin, menyingkap sisi yang tidak diketahui umum sebelum ini.
Apabila Raja Petra mendedahkan Mohd Nazlan menerima sejumlah wang dari seorang individu dikenali sebagai Jho Low, intergriti Nazlan mula dipertikaikan.
Nazlan bertindak melaporkan kepada pihak Polis mendakwa Raja Petra berniat jahat apabila membuat dakwaan sedemikian terhadapnya.
Namun begitu, Nazlan tidak membuat laporan mengenai jumlah wang yang telah ditransaksi sebanyak 11 kali ke akaunnya seperti didakwa Raja Petra.
Seperti membuka lembaran baru sebuah buku, Raja Petra kemudiannya mendedahkan perkara yang lebih mengejutkan.
“SEPARATION OF POWER”
Nazlan merupakan individu yang mengetahui kewujudan sebuah syarikat dan siapa yang terlibat sepenuhnya menguruskan syarikat terbabit.
Agak mengelirukan apabila Nazlan kemudiannya diangkat menjadi Hakim bagi kes melibatkan syarikat tersebut.
Yang tidak diketahui sebelum ini ialah pertuduhan dalam kes tersebut sebenarnya menjadi khilaf dalam pertimbangan beliau sebagai seorang Hakim.
Apabila SPRM membuka kertas siasatan terhadap Nazlan berikutan transaksi serta penerimaan wang, kewajaran Nazlan kekal menghakimi kes membabitkan syarikat tersebut mula dipertikaikan.
ARTIKEL BERKAITAN DAKWAAN RAJA PETRA
Nazlan sewajarnya dipertimbangkan oleh Badan Kehakiman untuk direhatkan dari meneruskan tugas melibatkan kes yang berkait dengan syarikat yang berada dalam pengetahuannya.
Sudah pasti persoalan kepentingan beliau serta siasatan SPRM menjadi sandaran pertikaian yang boleh menjejaskan Institusi Kehakiman.
Nazlan sebenarnya wajar direhatkan dari mengendalikan kes sementara siasatan SPRM terhadapnya selesai dan beliau dibuktikan tidak terlibat seperti didakwa Raja Petra.
Nazlan – antara kredibiliti, khilaf dan konspirasi