TERKINI: Enam selamat, seorang dikhuatiri tertimbus runtuhan resort di Pulau Perhentian

TERKINI: Enam selamat, seorang dikhuatiri tertimbus runtuhan resort di Pulau Perhentian

TERKINI: Enam selamat, seorang dikhuatiri tertimbus runtuhan resort di Pulau Perhentian
Pasukan penyelamat membawa keluar mangsa yang tertimbus dalam kejadian runtuhan bangunan tiga tingkat yang dalam pembinaan di Pulau Perhentian. – Foto NSTP/GHAZALI KORI

Besut: Enam selamat, manakala seorang lagi pekerja dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan resort tiga tingkat yang dalam pembinaan di Pulau Perhentian di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang dipercayai masih terperangkap dikenali sebagai warga Indonesia, Suparno, berusia 40-an.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 6.40 pagi.



Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi, ketika semua mangsa sedang tidur sebelum berlaku kejadian runtuhan berkenaan.

“Sebaik mendapat maklumat, pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada pelbagai agensi digerakkan ke lokasi kejadian.

“Empat mangsa yang terdiri daripada tiga warga Rohingya dan seorang orang tempatan berjaya menyelamatkan diri dengan keluar daripada runtuhan berkenaan.

“Mangsa kelima dan keenam dikenali sebagai Jamil, 33, dan Ramli, 48, yang juga warga Indonesia ditemui pasukan penyelamat pada jam 12.53 tengah hari dan 1.18 petang.



“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Pulau Perhentian di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, usaha mengesan seorang lagi mangsa sedang giat dijalankan membabitkan lebih 70 pegawai dan anggota daripada pelbagai seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Polis Marin.

Katanya, operasi turut dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan penduduk kampung serta pekerja resort berkenaan.

TERKINI: Enam selamat, seorang dikhuatiri tertimbus runtuhan resort di Pulau Perhentian

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading