Tragedi Pulau Perhentian: Operasi SAR mangsa bangunan runtuh diteruskan waktu malam

Tragedi Pulau Perhentian: Operasi SAR mangsa bangunan runtuh diteruskan waktu malam

Tragedi Pulau Perhentian: Operasi SAR mangsa bangunan runtuh diteruskan waktu malam

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Pulau Perhentian diteruskan pada waktu malam. – Foto BOMBABESUT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Pulau Perhentian, di sini, pagi tadi diteruskan malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Hassan As’ari Omar berkata, operasi tidak dihentikan dengan pencarian dilakukan secara penggiliran mengikut kawasan runtuhan berkenaan.



Beliau berkata, operasi SAR yang dijalankan membabitkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Tragedi Pulau Perhentian: Operasi SAR mangsa bangunan runtuh diteruskan waktu malam
Pemandangan udara runtuhan bangunan tiga tingkat yang dalam pembinaan di Pulau Perhentian. – Foto GHAZALI KORI

“Operasi masih diteruskan walaupun pada waktu malam dengan pencarian dilakukan secara manual berikutan lokasi kejadian yang jauh dari daratan yang menjadi kekangan untuk aset sampai dengan cepat di kawasan runtuhan.

“Jadi, kita terpaksa gunakan alat pemotong untuk memotong dan mengalihkan serpihan runtuhan bangunan.

“Kita berharap operasi berjalan lancar dan menemui mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan dengan segera,” katanya ketika ditemui pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Pulau Perhentian di sini hari ini.



Media sebelum ini melaporkan enam selamat manakala seorang lagi pekerja dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan tiga tingkat yang dalam pembinaan di Pulau Perhentian di sini hari ini.

Mangsa yang dipercayai masih terperangkap dikenali sebagai warga Indoensia, Suparno berusia 40-an.

Tragedi Pulau Perhentian: Operasi SAR mangsa bangunan runtuh diteruskan waktu malam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button