Menyamar polis peras wang remaja

BAYAN LEPAS: Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota Balai Polis Bayan Lepas dan cuba memeras wang dua remaja di sini.

Suspek berusia 26 tahun diberkas Jumaat lalu selepas mangsa membuat laporan polis susulan kejadian tiga hari sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata dalam kejadian Selasa lalu, mangsa membabitkan remaja lelaki dan perempuan, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun.



“Kedua-dua mangsa diperas ketika berada di kawasan pemandangan pendaratan pesawat berhampiran landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

“Susulan laporan mangsa, polis berjaya mengesan dan menangkap suspek di Jalan Kampung Perlis, Bayan Lepas, di sini dan turut merampas sebuah motosikal dipercayai digunakan pada hari kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Beliau meminta orang ramai menyalurkan sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian 04-8664122, 0192238169 (WhatsApp) atau Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menerusi aplikasi Messenger.

BHOnline



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading