“Kestabilan politik punca pembangunan negara” – Zahid

 

 

Debat Perdana antara Dato Sri Najib dan Datuk Seri Anwar malam tadi membuka banyak mata rakyat.

Presiden UMNO, Dato Seri Ahamd Zahid Hamidi menyifatkan debat semalam sebagai wacana intelektual. Beliau merujuk cadangan yang dibawakan Najib sebagai lebih dekat kepada rakyat Malaysia.

Zahid turut mengulas hujah Najib mengenai kestabilan politik sebagai punca untuk pembangunan negara yang lebih baik.

 

 

Ini berdasarkan perkembangan ekonomi yang lebih mapan serta berkembang dengan baik jika sesebuah negara stabil politiknya.

Beliau juga menggesa agar sesi seperti debat semalam diperbanyakkan bagi meberi peluang rakyat mendengar sendiri perancangan parti-parti politik untuk negara.

Zahid Hamidi percaya rakyat sudah boleh menilai siapa lebih berkemampuan dan dipercayai menerusi pemerhatian dari debat semalam.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di WTC. Zahid yang tiba di WTC diberikan sambutan hangat penyokong UMNO setibanya di Dewan Tun Hussein selepas menghadiri program berkenaan di Matic.

Apabila ditanya mengenai kemungkinan debat perdana mampu mengubah pendirian rakyat dalam memilih kerajaan, Zahid percaya rakyat akan menilai siapa pemimpin yang sebenarnya lebih memahami kemahuan rakyat.

Debat Perdana – Rafizi berjaya “kenakan” Anwar

 

Leave a Reply