Kereta terbakar punca trafik sesak 17 KM berhampiran Terowong Menora

Kereta terbakar punca trafik sesak 17 KM berhampiran Terowong Menora

Kereta terbakar punca trafik sesak 17 KM berhampiran Terowong Menora
Anggota bomba memadam kebakaran kereta jenis BMW berhampiran Terowong Menora, hari ini. – Foto JBPM

IPOH: Kebakaran sebuah kereta di Kilometer (KM) 259 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan iaitu berdekatan Terowong Menora dari Kuala Kangsar ke Ipoh menyebabkan kesesakan sejauh 17 kilometer hari ini.

Menurut ciapan di Twitter PLUS Trafik, lorong kiri di kawasan kejadian masih ditutup setakat jam 5.22 petang tadi dengan kesesakan di lokasi terbabit yang pada awalnya direkodkan sejauh 5 KM kemudiannya menjadi 17 KM.

“Status terkini lorong kiri masih ditutup. Trafik sesak 17 KM. Sila rancang perjalanan anda dan pandu berhati-hati. Harap maklum,” menurut ciapan itu.



Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kebakaran itu membabitkan sebuah kereta jenis BMW yang musnah 90 peratus.

Beliau berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dibantu oleh BBP Meru Raya digerakkan ke lokasi bagi tujuan pemadaman sebaik panggilan diterima jam 4.09 petang

Katanya, insiden tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa dengan tindakan memadam kebakaran selesai sepenuhnya pada jam 5.04 petang tadi.

Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?



Kereta terbakar punca trafik sesak 17 KM berhampiran Terowong Menora


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading