Kanak-kanak lelaki ditemui lemas

Kanak-kanak lelaki ditemui lemas

Kanak-kanak lelaki ditemui lemas
Mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui lemas di bawa ke kediamannya di Kampung Hilir Debak Laut sebelum diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut. – Foto NSTP/Erika George

BETONG: Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki mandi di sungai bertukar tragedi selepas mayatnya ditemui pada jarak 700 meter dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat pagi semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan hari ini, mayat Mohd Naqib Iman Nasriman berusia enam tahun ditemui terapung oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Debak pada jam 10 malam tadi pada bahagian hilir sungai berkenaan.

“Selepas berjaya dijumpai, mayat kanak-kanak malang itu telah dibawa ke kediaman keluarga mangsa di Kampung Hilir Debak Laut,” katanya.



Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Pada jam 9.15 pagi semalam, saksi yang juga seorang kanak-kanak melihat mangsa turun ke pangkalan perahu di Sungai Debak.

Ahli keluarga yang dimaklumkan saksi hanya menemui selipar serta baju mangsa sebelum membuat laporan polis.

Kanak-kanak lelaki ditemui lemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading