Cubaan gugat hubungan Rauf, Sulaiman terbongkar?

 

Barisan Nasional (BN) Melaka berjaya merampas kembali pentadbiran negeri daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

BN berjaya memperoleh 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingan.

Ramai yang berpendapat, kejayaan cemerlang BN pada PRN itu adalah disebabkan keyakinan rakyat sudah kembali kepada BN.

Mungkin ramai tidak menyedari, antara yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan cemerlang BN itu adalah Ab Rauf Yusoh, yang menjadi `Panglima Perang’ pada ketika itu.

Selaku Pengerusi BN, Ab Rauf dilihat sangat komited dalam memastikan kemenangan bergaya BN dalam PRN itu.



RAUF RESTUI SULAIMAN SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA

Sejurus menang, Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka dilihat sangat berjiwa besar apabila merestui rakan seperjuangannya, Sulaiman Md Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.

Ramai yang tidak mengetahui, hubungan Rauf dengan Sulaiman sangat akrab sejak dulu lagi.

Sebelum aktif dalam politik Melaka, Rauf sering bertemu dengan Sulaiman, malah Rauf sendiri telah mencadangkan kepada pucuk kepimpinan UMNO untuk menamakan Sulaiman sebagai calon bagi kerusi DUN Lendu pada PRU-13.

Rauf juga mencadangkan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 apabila BN bersama beberapa ADUN PN mengambil alih pemerintahan negeri daripada PH.

Perjalanan pentadbiran negeri di bawah Sulaiman berjalan lancar, sehingga baru-baru ini timbul isu berkaitan ‘paksaan’ kononnya Sulaiman sudah diarah untuk menandatangani dokumen perjanjian supaya melepaskan jawatan dalam tempoh terdekat.

Rujuk – “TANGAN GHAIB POLITIK MELAKA”

Isu yang mula dibangkitkan DAP pada awal tahun ini, disambut pula Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Mohamad Ali Mohamad, baru-baru ini, sekali gus menjadikannya sebagai punca kepada pergolakan politik terbaharu di Melaka.

VIDEO MOHAMAD ALI MOHAMAD BERSAMA KETUA BAHAGIAN DAN PEMANGKU KETUA BAHAGIAN MELAKA

Menerusi siaran tersebut ada dakwaan kononnya ada perancangan supaya satu perjanjian bertulis dibuat bagi tujuan peralihan kuasa daripada Sulaiman, yang dikatakan bakal dilaksanakan pada penghujung Jun ini.



BELUM ADA BUKTI DIDEDAHKAN 

Rentetan itu, bagi menguatkan lagi dakwaan atau tohmahan yang dibuat itu, Mohamad Ali sekali lagi tampil bersama dua lagi Ketua UMNO Bahagian iaitu Hasan Abd Rahman (Jasin) dan Rospandi Leman (Alor Gajah) menerusi siaran langsung di facebook.

Dalam forum berkenaan, sangat jelas mereka bertiga sepakat memburukkan kepimpinan Rauf sebagai Pengerusi UMNO Melaka dengan menimbulkan beberapa perkara yang kononnya gagal dilaksanakan Rauf sepanjang menjawat jawatan itu.

Tanpa menyebutkan nama, diskusi mereka bertiga itu dilihat hanya menujukan semua kesalahan serta perancangan untuk ‘memaksa’ Sulaiman telah diatur, sedangkan sebelum ini tiada satu pun dakwaan seumpama itu disebarkan dalam mana-mana platform berkaitan isu terbabit.

Persoalannya sekarang, dalam situasi yang berlaku sekarang, siapa yang nak menjatuhkan siapa sebenarnya?

KHABAR ANGIN TETAP DIMAINKAN SEBALIK PENAFIAN SULAIMAN ALI

Benarkah Rauf yang mahu menjatuhkan Sulaiman sebagai Ketua Menteri, atau Mohamad Ali yang mahu menjatuhkan Rauf sebagai Pengerusi UMNO Melaka?.

Ramai yang tahu, Mohamad Ali sejak tewas pada PRN lalu sangat bercita-cita untuk menggantikan Rauf sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka.

Beliau juga dikatakan sering bertemu dengan beberapa pemimpin UMNO di peringkat Pusat bagi mencapai cita-citanya itu.

Malah, beliau juga menjadikan Najib Razak sebagai sandaran semata-mata mahu menumpang populariti bekas PM itu untuk membuktikan kepada rakyat kononnya beliau sangat rapat dengan pemimpin atasan UMNO.



PERJALANAN POLITIK MOHAMAD ALI “PASIR”

Beliau sebenarnya bukan ‘siapa-siapa’ dalam politik di Melaka.

Awal pembabitannya dalam politik di Melaka adalah selepas BN kalah dalam PRU ke-14 yang lalu, apabila beliau sepakat untuk merampas kuasa sebagai Ketua UMNO bahagian Tangga Batu daripada bekas KM, Idris Haron.

Itulah titik permulaan Mohamad Ali berkecimpung dalam dunia politik, dengan menggunakan ‘jalan pintas’ untuk mendapatkan kuasa.

Baca juga – Akmal Saleh

 





KENYATAAN MEDIA SULAIMAN ALI

Namun, satu tamparan hebat diterima Mohamad Ali bersama dua lagi Ketua bahagian UMNO apabila Sulaiman menafikan sudah melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Beliau menganggap isu yang dibangkit pihak tertentu itu sebagai satu fitnah jahat untuk mengganggu gugat kestabilan politik serta kerajaan negeri.





Benarkah isu yang dibangkitkan Mohamad Ali dan rakannya itu adalah omongan kosong serta tohmahan yang ‘maha dahsyat’ semata-mata mahu menjatuhkan Rauf menerusi ‘pintu belakang’?

Kepada rakyat Melaka, berhati-hatilah untuk berketuakan insan seperti ini, seperti dialog P Ramlee dalam filem Sarjan Hassan.

“Dengar sini kawan-kawanku sekampung, aku berharap, janganlah hendaknya ada lagi manusia seperti ini dalam tanah air kita.

Kerana, manusia seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita”.

EDISI SIASAT



Penafian – pihak kami MyTvOnline tidak bertanggungjawab atas komen serta dakwaan di dalam artikel.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button