Al Faro sasar jualan RM25 juta

Al Faro sasar jualan RM25 juta

Al Faro sasar jualan RM25 juta
Muhammad Irfan

Kuala Lumpur: Al Faro, pengeluar dan jenama tekstil terkemuka berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran jualan sebanyak RM25 juta tahun ini.

Pengarah Pemasaran Al Faro, Muhammad Irfan berkata, pihaknya sentiasa merangka dan mengubah strategi mengikut trend dan situasi ekonomi semasa supaya jenama Al Faro bertahan dengan lebih lama dan kukuh.

Beliau berkata, Al Faro peka dengan isu semasa dan bersiap sedia jika ada penurunan jualan.



Katanya, sebagai contoh, jika terdapat penurunan jualan, pihaknya akan terus merangka strategi tertentu supaya perniagaan kembali berjalan dengan lancar.

“Untuk membuat strategi perniagaan juga tidak mudah. Kami perlu kaji sosioekonomi negara dan kemudian menghasilkan produk mengikut kemampuan masyarakat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan




“Maksudnya, kami menghasilkan pakaian untuk semua golongan daripada yang biasa sehingga elit.

“Saya percaya, jika kita membuat rekaan mengikut kuasa beli pelanggan, dan harga pula berpatutan, secara tidak langsung Al Faro masih boleh mengekalkan jualan yang stabil,” katanya dalam kenyataan.

Irfan berkata, strategi itu juga membuatkan Al Faro terpilih sebagai pemenang Asia Pacific Enterprise Awards 2023 dalam kategori Fast Enterprise Award, baru-baru ini.

Ia adalah kejayaan kedua Al Faro selepas meraih Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), tahun lalu.



Sementara itu, beliau berkata, Al Faro bakal melancarkan pakaian khas bagi golongan elit atau mereka yang meminati rekaan mewah.

Katanya, Al Faro yakin pelanggan akan setia dengan jenama itu kerana kualiti dan rekaan produk yang ditawarkan.

Al Faro sasar jualan RM25 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading