EPL: Dua pemain jadi mangsa Guardiola

EPL: Dua pemain jadi mangsa Guardiola

EPL: Dua pemain jadi mangsa Guardiola
GUARDIOLA menuduh Dias gagal menjalankan tugasnya dengan baik menyebabkan City berdepan kekalahan ketika menentang Wolves kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menuding jari kepada Ruben Dias dan Mateo Kovacic sebagai punca kekalahan 1-2 kepada Wolverhampton Wanderers pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux kelmarin.

Guardiola, 52, mendakwa kedua-dua pemain itu gagal mengikut arahan dengan baik selain turut mengkritik prestasi Matheus Nunes yang kurang dinamik menyebabkannya dikeluarkan pada rehat separuh masa.

“Kami tidak melakukan proses dengan betul ketika menyerang untuk menjadikannya lebih lancar. Oleh sebab itu, kami bergelut ketika berlakunya transisi terutamanya apabila kembali bertahan.



“Sepatutnya Kovacic atau Ruben (Dias) perlu ‘menyerang’ pihak lawan, tetapi mereka tidak melakukannya. Ia sekali gus menjadikan perlawanan ini sukar lebih-lebih lagi apabila lawan bertahan dengan baik.

“Saya juga memerlukan dinamik di ruang kecil. Jadi, saya mengeluarkan Nunes dan membawa masuk Oscar (Bobb) mengharapkan kreativiti daripadanya,” kata Guardiola.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




Juara treble itu bolos terlebih dahulu kepada Wolves hasil jaringan sendiri Dias di separuh masa pertama sebelum Julian Alvarez kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-58.

Ia tidak bertahan lama apabila Hwang Hee-chan memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan City dengan gol kemenangan Wolves pada minit ke-66.

Antara faktor kekalahan City juga kerana Guardiola terpaksa menyaksikan aksi itu di tempat duduk penyokong kerana menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning berdasarkan peraturan baharu EPL. – AGENSI

EPL: Dua pemain jadi mangsa Guardiola


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading