Perbalahan Terbuka PPBM Dan PAS Bermula

Perbalahan Terbuka PPBM Dan PAS Bermula

Perbalahan Terbuka PPBM Dan PAS Bermula

Dalam satu temubual antara Presiden PPBM yang juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yasin, menyindir secara terbuka parti PAS yang juga merupakan parti komponen PN.

Menurut Muhyiddin, sokongan rakyat kepada PAS sudah tepu sebelum mereka bergabung dengan PN.

“Parti itu mula melonjakkan kedudukannya pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) apabila bekerjasama dalam PN”.



“PAS, Bersatu dan GERAKAN melihat ini sebagai satu kekuatan”.

“Mereka tak boleh bersendirian, boleh, tetapi kesannya tak sebegini (menang besar)”.

“Contoh dalam PRU lepas majoriti mereka biasa 10,000 ke 15,000 undi”.

“Tetapi Hadi contohnya sampai 40,000 undi”.



“PAS dah sampai tahap tepu, tetapi dengan gabungan PN penerimaan rakyat begitu besar sekali sehingga catat majoriti luar biasa,” jelas Muhyiddin.

Beliau menambah, apa yang berlaku itu bukannya rakyat mahu menyokong PAS atau PPBM semata-mata, namun ia lebih kepada penerimaan pengundi terhadap gabungan berkenaan.

“PPBM (30 kerusi Parlimen pada PRU-15 kini 26) sendiri tak mampu bentuk kerajaan”.

“PAS pun tak mampu walaupun menang besar sikit, malah mereka lebih lama daripada kita,” tambah Muhyiddin lagi.



Jelas Muhyiddin menggunakan sepenuhnya platfom temubual bersama Malaysia Gazette untuk melepaskan kemarahan beliau kepada PAS.

Tuduhan sokongan terhadap PAS sudah tepu dijawab oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Menurut Idris, tidak ada istilah sokongan terhadap PAS sudah tepu.

Lebih menghairankan, Idris malah menuduh media memutar belitkan yang dibuat oleh Muhyiddin.



Semakan yang dibuat penulis mendapati, perkataan sokongan terhadap PAS sudah tepu, jelas diungkapkan oleh Muhyiddin.

Tidak timbul langsung isu media memutarbelitkan kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin dalam temubual tersebut.

Apakah ini satu petanda yang jelas bahawa sudah ada keretakan hubungan parti komponen dalam Perikatan Nasional.

Kalau tidak, masakan perbalahan secara terbuka dilakukan.



Perbalahan Terbuka PPBM Dan PAS Bermula

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button