Keluarga Malaysia akan terima Parti Bangsa Malaysia?

Keluarga Malaysia-Parti Bangsa Malaysia-PBM

Semalam, Zuraida Kamaruddin membuat keputusan untuk keluar dari PPBM dan menyertai Parti Bangsa Malaysia. Dalam kenyataan media Zuraida juga menyatakan akan terus menyokong Kerajaan Keluarga Malaysia.

Buat masa sekarang, Zuraida masih belum meletakkan jawatan sebagai Menteri dalam jemaah kabinet Keluarga Malaysia.



Bagaimanapun, menurut kenyataan media, Zuraida akan bertemu dengan PM bagi membincangkan kedudukan jawatan beliau sebagai Menteri.

 

Kenyataan Media Zuraida Kamaruddin

 



Ini berikutan PBM merupakan salah sebuah parti yang menyokong Kerajaan Keluarga Malaysia dan berhasrat menjadi sebahagian daripada komponen Keluarga Malaysia itu sendiri.

Difahamkan penyokong Barisan Nasional telah menyatakan penolakan terhadap PBM jika parti itu berhasrat menyertai BN sebagai komponen. 

Tidak dapat dipastikan pendirian Parti Bangsa Malaysia samada akan memohon untuk menyertai Perikatan Nasional atau kekal solo.

 



Persoalan yang timbul, adakah PBM akan diterima menjadi sebahagian daripada Keluarga Malaysia dan diberikan keistimewaan untuk kekalkan jawatan Menteri?

Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM, dalam pada itu menyatakan jawatan Menteri yang disandang Zuraida adalah milik mereka berdasarkan kuota. Malah, Hamzah Zainuddin menegaskan, Presiden PPBM sendiri akan menamakan pengganti Zuraida bagi jawatan Menteri.

 



Dalam pada itu, Hamzah turut membuka kisah Zuraida sepanjang menjadi Ahli Majlis Tertinggi PPBM. Beliau mendakwa Zuraida seringkali tidak hadir mesyuarat dan hanya menggunakan parti untuk kepentingan sendiri.

Pada PRN Johor, PBM turut bertanding merebut kerusi DUN Johor namun kalah di semua tempat yang ditandingi.

Krisis PPBM memuncak, Zuraida bakal di’tendang’?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button