Lelaki ditemui mati dalam kereta mewah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta mewah yang disewa di hadapan sebuah pusat hiburan KTV di Jalan Pudu, petang tadi.

Mayat lelaki berusia 28 tahun itu ditemui orang awam yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pada masa ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.



“Berdasarkan siasatan awal, kereta yang digunakan adalah kereta sewa jadi kita masih menyiasat dari semua sudut berhubung penemuan mayat lelaki ini.

“Setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah ditemui,” katanya ketika dihubungi BH.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kita juga turut sedang menyiasat bagaimanakah kereta yang dinaiki si mati berada di hadapan pusat hiburan berkenaan,” katanya.



Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL ditalian 03-21159999.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button