Gabungan Suara Hael Husaini & Asmidar Buatkan Ramai Terpegun! [VIDEO]

Gabungan Suara Hael Husaini & Asmidar Buatkan Ramai Terpegun! [VIDEO]

Gabungan Suara Hael Husaini & Asmidar Buatkan Ramai Terpegun! [VIDEO]
Gabungan Suara Hael Husaini & Asmidar Buatkan Ramai Terpegun! [VIDEO]
Hael Husaini tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Hael lebih dikenali selepas dia menyertai satu pertandingan astro iaitu Akademi Fantasia.

Selepas tamat program tersebut,, rezeki Hael di dalam bidang nyanyian terus mencanak selepas dia memenangi Anugerah Juara Lagu yang ke-32 menerusi lagu Jampi.

Bukan sahaja terkenal kerana suara merdunya, namun kini hael sering tampil dengan fesyen-fesyen dari korea, dari rambut sehingga pakaiannya sering disamakan dengan artis-artis korea. Hael juga dikenali sebagai penyanyi yang sering tampil bergaya setiap kali melakukan persembahan, malah dari hujung rambut sehingga hujung kaki begitu dijaga rapi.



Netizen Mohon Asmidar Kembali Naik Seperti Penyanyi Lain!

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Hael Husaini yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 572 ribu, tanda suka sebanyak 30 ribu dan hampir 4 ratus komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Hael Husaini yang memakai baju berwarna hitam manakala Asmidar memakai busana berwarna oren beserta songket sambil menyanyikan lagu “Biar Mimpi Sampai Ke Bintang”.

 

@haelhusaini



Biar la sampai mana pun 🥺

♬ Biar Sampai Ke Bintang – Asmidar

Rata-rata, ramai peminat yang menginginkan Asmidar untuk naikkan semula namanya dalam industri muzik tanah air, kerana dia masih memiliki vokal suara yang padu.

“Asmidar ni aku minat dari memula dia masuk apa tah nama dia tapi sayangnya bakat dia tak disanjung”



“Tolong angkat Asmidar ni balik dalam industri”

“Serious Asmidar ni suara dia the best cuma belum ada peluang untuk dia, she good bro”

“Lurve! Hael patut buat satu lagu untuk Asmidar”

Gabungan Suara Hael Husaini & Asmidar Buatkan Ramai Terpegun! [VIDEO]
VIA TIKTOK

Apa-apa pun, Semestinya Asmidar mempunyai perancangan mengenai kerjayanya dalam industri muzik tanah air. Apa yang kita boleh lakukan adalah, dengan memberinya semangat dan sokongan untuk tidak berputus asa supaya menghasilkan lebih banyak karya pada masa akan datang.



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading