Kakak Terharu Adik Sanggup Derma Buah Pinggang

Baru-baru ini tular sebuah rakaman memaparkan kisah adik beradik yang menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Namun, apa yang lebih menyentuh hati ramai apabila wanita yang juga merupakan seorang adik sanggup menderma buah pinggang miliknya.

Pengorbanan paling besar

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok bernama Atikah, dia kagum dengan pengorbanan adik yang mempunyai kekuatan untuk memberikan buah pinggangnya kepada kakaknya yang diuji dengan kerosakan buah pinggang.

Entah mana lah datang kekuatan dia nak bagi buah pinggang dia.



Kalau kakak kat tempat adik, belum tentu kakak sanggup buat apa yang adik buat ni. Pengorbanan yang paling besar yang tak mungkin orang lain sanggup buat.

Rakaman berdurasi 40 saat itu dilihat adiknya sedang berjalan menghampiri katil untuk bersalaman dengan kakaknya selepas dibenarkan pulang ke rumah.

Perkongsian itu telah mendapat sejuta tontonan serta lebih 600 komen, wargamaya turut samamengalirkan air mata menyaksikan pertalian dua beradik itu.

Dalam perkongsian berasingan, Atikah juga telah berkongsi kisah perjalanan pembedahan pemindahan buah pinggangnya itu bersama adiknya. Dia bersyukur proses pembedahan yang dijalankan berjalan dengan lancar. Dia juga berterima kasih kepada pihak hospital, doktor dan jururawat yang menjaga mereka sepanjang berada di hospital.



Video penuh

 

 

@atikah_chewan @syafikahchewan #renaltransplant #kidneytransplant #beanshapedfighter ♬ suara asli – Els Warouw🎶

 



‘Kuatnya dia kerana kasih sayang sejati’

Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen mendoakan kesihatan kedua-dua adik beradik itu. Ruangan komen juga dihujani dengan kata-kata semangat.

atikah_chewan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button