Pakaian seragam baharu MAG suntik elemen songket

Pakaian seragam baharu MAG suntik elemen songket

Pakaian seragam baharu MAG suntik elemen songket
Kakitangan MAG memperagakan uniform baharu. – FOTO NSTP

Sepang: Malaysia Aviation Group (MAG) memperkenalkan pakaian seragam baharu untuk kakitangan barisan hadapan cabang pengendalian daratnya, AeroDarat Services (ADS).

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, pakaian seragam baharu ADS itu melambangkan komitmen pihaknya terhadap profesionalisme dan kesaksamaan, di samping menghargai semangat dan budaya Malaysia dengan kemasukan motif songket yang tertanam dalam reka bentuk.

Katanya, ADS bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada pelanggan Malaysia Airlines, tetapi juga syarikat penerbangan asing lain seperti China Airlines, Japan Airlines dan Korean Air yang berlepas dari Kuala Lumpur, serta lapangan terbang domestik lain di Malaysia.



“Selaras dengan tema meraikan kepelbagaian, MAG memupuk budaya kerja yang pelbagai yang meraikan perbezaan kami sambil kekal bersatu dalam misi kami untuk mencapai perkongsian kejayaan.

“Pakaian seragam baharu ini direka khas oleh minda muda kreatif dalam MAG. Kami berbangga bukan sahaja dalam pakaian seragam yang dimodenkan, tetapi juga dalam simbol yang merangkumi perpaduan dan kreativiti yang mentakrifkan kami di MAG.

“Walaupun tahu perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan daripada kemajuan, apa yang kekal tidak berbelah bahagi ialah komitmen kami untuk menyampaikan inti pati unik Hospitaliti Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran pakaian seragam baharu itu di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘SD’ sekadar fatamorgana , pintu penjara menunggu puak anarki




Pelancaran disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama, Pengerusi MAG, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Sebagai tambahan kepada pakaian seragam baharu itu, MAG juga memperkenalkan beg tangan serta clutch kakitangan pertama yang digunakan semula daripada pakaian seragam kebaya terdahulu.



Langkah penting itu bukan sahaja menggariskan komitmen MAG dalam menerapkan amalan mampan dalam operasinya, tetapi juga melambangkan penghargaan kepada perjalanan sejarah organisasi itu.

Acara pelancaran itu diadakan dengan kerjasama HABIB Jewels dan TudungPeople, menggariskan komitmen MAG untuk menyokong dan memperkasakan bakat dan jenama tempatan.

Pakaian seragam baharu MAG suntik elemen songket

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading