1 Ogos hari kelepasan am di Pahang

Kuantan: Hari kelepasan am Pahang sempena Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk tahun ini ditetapkan pada Isnin, 1 Ogos.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak menerusi kenyataan, hari ini berkata ketetapan itu dibuat bagi menjunjung titah Al-Sultan Abdullah.

Berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), pihak berkuasa negeri menetapkan 1 Ogos 2022 sebagai hari kelepasan am Pahang untuk tahun ini sahaja.

Al-Sultan Abdullah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan.

Pada tahun ini, 30 Julai jatuh pada Sabtu.

METRO

Leave a Reply