Pukul isteri guna topi keledar, lelaki dipenjara 15 bulan

Pukul isteri guna topi keledar, lelaki dipenjara 15 bulan

GUA MUSANG: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 15 bulan di Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas didapati bersalah memukul isterinya menggunakan topi keledar, pada 25 Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Shamsuri Rokman Yusuf, 35, sebelum itu mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja memukul isterinya, Siti Norhashikin Che Mat, 35, menggunakan topi keledar berwarna merah di hadapan kedai makan di Paloh 2 di sini, pada jam 5 petang 25 Januari lalu.



Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman itu, manakala bagi kesalahan Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, hukumannya penjara sehingga dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan kesalahan mengikut seksyen yang relevan.

Ahmad Firdaus merayu hukuman terhadap Mohd Shamsuri dikurangkan kerana mempunyai tanggungan lima anak dan menjaga ibu sakit.

Media sebelum ini melaporkan lelaki yang tular memukul wanita di hadapan sebuah kedai makan pada Khamis lalu, akhirnya ditangkap di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2, di sini.



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo dilaporkan berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan pada jam 2.30 petang 28 Januari lalu.

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

Pukul isteri guna topi keledar, lelaki dipenjara 15 bulan




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading