Sadio Mane sangat suka Bayern Munich

LONDON: Sadio Mane terus melihat dirinya bermain di Bayern Munich selepas diberitahu ejennya mengenai minat ditunjukkan kelab itu dalam pasaran perpindahan pemain.

Bintang Senegal itu akan meninggalkan Liverpool, tempat dia melalui tempoh gemilang sebagai pemain sepanjang enam tahun lalu.

Mane membantu Liverpool menang gelaran liga pertama dalam 30 tahun.

Dia juga membantu Reds menang Liga Juara-Juara dan mara ke dua lagi final – Piala FA dan Piala Liga.

Bercakap kepada Bild mengenai perpindahan bernilai £35 juta (RM188.62 juta) ke pasukan juara Jerman itu, Mane berkata: “Kali pertama ejen saya memberitahu mengenai minat ditunjukkan Bayern, saya terus teruja.

“Saya terus melihat diri saya di sana… Ia adalah satu daripada kelab terbesar dunia dan pasukan itu sentiasa bertarung untuk setiap gelaran.

“Jadi bagi saya, ia idea yang sangat bagus dan keputusan yang betul untuk ke sini.”

Mane sedang menjalani ujian perubatan dan dilihat pertama kali memakai pakaian Bayern.

Pemain berusia 30 tahun itu juga sempat menandatangani autograf.

Walaupun Mane optimis untuk berhijrah, sebahagian bekas bintang Liverpool tidak gembira melihat pemain itu meninggalkan kelab.

AGENSI

Leave a Reply