United perlu jual pertahanan termasuk Maguire, Varane

LONDON: Rio Ferdinand memberi cadangan bahawa Manchester United boleh menjual sekurang-kurangnya dua pertahanan musim panas ini.

Skuad Red Devils dijangka akan melalui perubahan besar dalam skuad selepas satu lagi musim mengecewakan.

Dan pertahanan mereka adalah kunci bagi peningkatan berkenaan.



Selepas dibolosi 57 gol dalam Liga Perdana pada 2021-22, Man Utd mengalami musim paling teruk dalam aspek pertahanan sejak kempen 1978-79 (63 gol).

Kerana itu, Ferdinand percaya bos baharu Erik ten Hag boleh menjual mana-mana empat pertahanan utama, termasuk Harry Maguire dan Raphael Varane.

Legenda United itu berkata: “Saya berminat untuk melihat apa yang akan Ten Hag lakukan di bahagian itu.

“Kita bercakap mengenai pemain muda, Timber, di Ajax, pemain pertahanan tengah yang kecil.



“Saya ingin tahu apa yang akan berlaku terhadap Varane, Lindelof dan Maguire, Bailly juga, saya rasa satu atau dua orang akan pergi.”

Kuartet berkenaan menyebabkan Red Devils mengeluarkan sekitar £175 juta (RM943.09 juta), namun mereka gagal beraksi dengan konsisten.

Man Utd sudah dikaitkan dengan beberapa pemain untuk mengisi kekosongan itu termasuk Lisandro Martinez walaupun dia adalah pilihan menggantikan Jurrien Timber.

Pilihan lain ialah pemain Villarreal, Pau Torres selain pertahanan tengah Juventus, Matthijs de Ligt.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button