Dua glasier tropika di Indonesia mencair!

Dua glasier tropika di Indonesia mencair!

Dua glasier tropika di Indonesia mencair!
PEMANDANGAN glasier di Puncak Jaya, Indonesia, pada 2010. FOTO AFP

Jakarta: Dua glasier di Indonesia yang juga antara beberapa glasier di kawasan tropika yang terdapat di dunia kini mencair.

Pencairan itu akan menyebabkan aisnya mungkin hilang menjelang 2026 atau lebih cepat apabila fenomena El Nino akan mempercepatkan lagi proses itu, kata agensi geofizik negara itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik (BKMG) Indonesia berkata, El Nino boleh menyebabkan musim kemarau paling teruk di negara republik itu sejak 2019, meningkatkan risiko kebakaran hutan dan mengancam bekalan air bersih.



The Guardian melaporkan El Nino juga menimbulkan ancaman kepada Eternity Glaciers terletak di pergunungan Jayawijaya di wilayah paling timur iaitu Papua dan ia mencair dengan kadar yang cepat.

“Glasier itu mungkin hilang sebelum 2026 atau lebih cepat dan El Nino boleh mempercepatkan proses itu,” kata penyelidik iklim di agensi BKMG, Donaldi Permana.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark




Beliau berkata, hanya sedikit yang boleh dilakukan untuk mengelakkan pencairan itu selain menjelaskan peristiwa berkenaan boleh mengganggu ekosistem serantau dan menyebabkan peningkatan paras laut global dalam tempoh sedekad.

“Kami kini dalam keadaan untuk mendokumentasikan (pencairan) glasier.

“Sekurang-kurangnya kita boleh memberitahu generasi akan datang bahawa kita pernah mempunyai glasier,” kata Donaldi.

Terdapat hanya beberapa glasier seumpamanya di kawasan beriklim tropika dan ia masih kekal berisiko.



Dua glasier tropika di Indonesia mencair!
SAINTIS mendirikan kem di glasier di Puncak Jaya, Indonesia pada 2010. FOTO AFP

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Global and Planetary Change pada 2021 menjejaki perubahan dalam glasier di Papua, serta di Kilimanjaro di Tanzania, Andes di Peru dan Bolivia, dataran tinggi Tibet dan Banjaran Himalaya.

Kajian itu mendapati semuanya sudah hilang, dengan kehilangan ais amat cepat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

1MDB – Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibiliti




Glasier di kawasan tropika sangat terdedah kepada perubahan iklim, hanya bertahan kerana berada di kawasan yang amat tinggi.

Penyelidik mengatakan dulunya salji turun di situ tetapi ia kini dalam bentuk hujan sekali gus mempercepatkan pencairan ais.

Donaldi berkata, Eternity Glaciers menipis dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia daripada kedalaman 32 meter (m) pada 2010 kepada lapan m pada 2021, manakala jumlah lebarnya mengecut daripada 2.4 kilometer pada 2000 kepada 230 meter pada 2022.

Penyelidikan terdahulu oleh Donaldi dan ahli akademik di Amerika Syarikat (AS) mendapati terdapat peningkatan kehilangan ais berhampiran Puncak Jaya, atau Carstensz Pyramid, di Papua, semasa El Nino antara 2015 hingga 2016.



Gabungan pemanasan global dan El Nino memecah rekod suhu secara global sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan Pertubuhan Meteorologi Sedunia mengisytiharkan Julai bulan paling panas yang pernah direkodkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit


Dua glasier tropika di Indonesia mencair!
SAINTIS melakukan ekspedisi mengkaji glasier di Puncak Jaya. FOTO AFP

Puncak Jaya setinggi 4,884m dijejaki pada 1623

Puncak Jaya atau Carstensz Pyramid adalah gunung di wilayah Papua, Indonesia. Ia adalah sebahagian daripada banjaran gunung Sudirman.



Menurut nationalgeographic.com, ia setinggi 4,884 meter dan gunung tertinggi di barat daya Pasifik. Selain itu, ia puncak pulau tertinggi di dunia.

Namanya dalam Bahasa Indonesia ialah Puncak Jaya manakala dalam Bahasa Inggeris, ia dinamakan Carstensz Pyramid. Namanya dalam Bahasa Inggeris itu sempena dengan nama orang Eropah pertama yang melihat gunung itu iaitu Jan Carstensz.

Beliau pertama kali melihat Puncak Jaya dalam perjalanan pelayaran pada 1623.

Orang Eropah lain tidak mempercayai penampakannya kerana Carstensz mendakwa bahawa Puncak Jaya dihiasi dengan glasier dan salji.

Puncak Jaya terkenal sebagai salah satu daripada beberapa gunung di kawasan beriklim tropika yang mempunyai glasier.

Dua glasier tropika di Indonesia mencair!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading