6.45 juta dapat upah RM2,600

6.45 juta dapat upah RM2,600

6.45 juta dapat upah RM2,600
RAFIZI (tengah) bersama Nor Azmie (kiri) dan Dr Mohd Uzir selepas melancarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahun Pertama 2023 di Putrajaya. – Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

LAPORAN Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal), Suku Tahun Pertama 2023 mendedahkan median upah bulanan pada Mac 2023 bagi pekerja formal warganegara adalah sebanyak RM2,600 membabitkan seramai 6.45 juta pekerja formal warganegara.

Laporan yang dilancarkan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di sini semalam itu pertama kali dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan menggunakan sumber data pentadbiran dalam penyusunan statistik rasmi.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron dan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.



Laporan yang dibentangkan Mohd Uzir menunjukkan, daripada segi jantina, pada Mac 2023, pekerja formal lelaki merangkumi 55.5 peratus atau seramai 3.58 juta orang dengan median upah RM2,664 sebulan.

“Sementara itu, 44.5 peratus daripada keseluruhan pekerja formal diwakili oleh pekerja perempuan bersamaan dengan 2.87 juta orang dengan median upah bulanan sebanyak RM2,545.


“Perbandingan dengan Mac 2022, median upah bulanan bagi pekerja formal lelaki dan perempuan menunjukkan trend yang meningkat, masing-masing sebanyak lapan peratus dan 8.6 peratus,” katanya.

Mohd Uzir berkata, median upah bulanan tertinggi pada Mac 2023 direkodkan oleh pekerja formal berumur antara 45 hingga 49 tahun, dan 40 hingga 44 tahun iaitu sebanyak RM3,500.

“Kedua-dua kumpulan ini secara kolektif membentuk hampir 20 peratus jumlah keseluruhan pekerja formal.

“Seterusnya, median upah bulanan mula menunjukkan penurunan bagi kumpulan umur 50 hingga 54 tahun dengan median upah bulanan sebanyak RM3,400 pada Mac 2023.



“Sebaliknya, kumpulan umur bawah 20 tahun menerima median upah bulanan terendah RM1,500 (Mac 2023),” katanya.

Dalam laporan sama, ia menunjukkan etnik Cina memperoleh median upah bulanan tertinggi RM4,000, diikuti India (RM2,500), Bumiputera (RM2,200) dan lain-lain (RM2,000)


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu




Mengulas lanjut mengenai situasi upah mengikut aktiviti ekonomi, Mohd Uzir berkata, semua sektor merekodkan peningkatan dalam median upah bulanan.

“Bagi sektor perlombongan dan pengkuarian, walaupun hanya mewakili 0.5 peratus daripada keseluruhan pekerja formal, (ia) mencatatkan median upah bulanan tertinggi pada Mac 2023, sebanyak RM7,500.

“Median upah bulanan terendah pula diterima bagi sektor pertanian iaitu sebanyak RM1,900, menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 8.9 peratus tahun ke tahun pada Mac 2023,” katanya.

Mohd Uzir menambah, pada Mac 2023, median upah bulanan tertinggi diterima di Kuala Lumpur iaitu sebanyak RM3,927, diikuti Selangor sebanyak RM2,964 dan Pulau Pinang sebanyak RM2,627.



“Kelantan, Perlis dan Sabah menunjukkan median upah bulanan yang rendah masing-masing RM1,600, RM1,627 dan RM1,782, dalam tempoh sama,” katanya.

Jelasnya daripada segi taburan upah pada Mac 2023, beliau berkata, 34.8 peratus daripada pekerja formal Malaysia menerima pendapatan di bawah RM2,000.

“Namun, peratusan ini menurun daripada 40.2 peratus yang direkodkan pada Mac 2022, berkemungkinan kesan daripada kenaikan kadar gaji minimum mulai Mei 2022. Pada masa yang sama, kira-kira 5.2 peratus pekerja formal warganegara menerima upah tertinggi (RM15,000 dan ke atas),” katanya.

“Nisbah upah antara kumpulan penerima upah tertinggi (persentil ke-90) dan kumpulan penerima upah terendah (persentil ke-10) menggambarkan penerima upah di kelas yang tertinggi menerima lebih dari 6 kali ganda upah berbanding penerima upah di kelas yang terendah,” katanya.



6.45 juta dapat upah RM2,600


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading