Jazlan sudah tawarkan Pulai, kenapa KJ diam?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal



 

Ketua Bahagian Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed telah menawarkan kerusi Parlimen Pulai untuk ditandingi Khairy Jamaluddin (KJ) untuk ditandingi pada PRU15.

Bagaimanapun, KJ masih belum menjawap sehingga hari ini tawaran Jazlan sejak ditawarkan pada 24 Jun 2022.

Menurut Jazlan lagi, kerusi Pulai sesuai ditandingi KJ kerana pecahan kaum yang sangat bersesuaian dengan karektor beliau.



KJ

Dengan 160,000 pengundi, pecahan pengundi mengikut kaum bakal memihak kepada KJ lantaran beliau merupakan antara calon popular kepada kaum bukan Melayu.

Mengikut data yang disediakan Jazlan – 48% Melayu, 40% Cina dan 12% India sudah pasti mengalu-alukan kehadiran KJ di Pulai.

Kj sebelum ini sudahpun berlapang dada menyerahkan kerusi Rembau kepada Ketua Bahagian Umno Rembau bagi memilih calon sesuai.



KJ sepatutnya berbangga dan menerima tawaran daripada Jazlan bagi membuktikan beliau juga berbesar hati untuk berkhidmat kepada rakyat Johor selepas PRU15.

Ketua Umno Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed

Oleh kerana KJ merupakan sebahagian daripada Kabinet Keluarga Malaysia, beliau perlu menunjukkan teladan yang bersesuaian dengan slogan Keluarga Malaysia.

Apatah lagi beliau kini Menteri Kesihatan, sudah pasti rakyat Pulai akan memberikan sokongan sepenuhnya.



Nur Jazlan Mohamed

Siapa tidak suka jika Menteri datang bertanding di kawasan mereka? Ini adalah tawaran terbaik untuk KJ dan beliau perlu mengambil peluang yang ditawarkan Jazlan.

Bukan mudah bagi seorang Ketua Bahagaian Umno apatah lagi Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO menawarkan tempat kepada individu lain.

6 orang Ahli Parlimen PN bakal keluar parti



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button