“PRU dulu sebelum pemilihan” – Shahril Hamdan

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Shahril Hamdan

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan PRU perlu dilakukan sebelum pemilihan Umno dilakukan.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai perkara berkaitan ‘surat perjanjian’ melantik Timbalan Perdana Menteri dari PPBM.

Shahril mengingatkan apa yang terkandung dalam surat perjanjian bukanlah perjanjian antara Umno dan PPBM. Ianya berlaku hanya pada ketika peralihan kuasa antara Muhyiddin dan Ismail Sabri Yaakob.

“ia mungkin satu perkara yang berlaku pada saat tersebut, waktu Pagoh turun dan bagaimana mahu menaikkan Bera, jadi perkara ini tidak pernah dibincangkan atau di’endorse’ kepada Umno”

“bab tular menular sudah lama berlaku, sepertimana dulu orang kata ada perjanjian mahu menaikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, hari ini Perdana Menteri bukan Anwar Ibrahim” – Shahril Hamdan

Bila ditanya mengenai keperluan seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik, Shahril berpendapat tiada keperluan untuk seorang TPM dilantik buat masa sekarang.

Baginya kabinet sediada perlu membuat penambahbaikan untuk menjaga kebajikan rakyat dalam keadaaan ekonomi yang agak kurang baik sekarang.

Shahril juga menjelaskan beliau bukan Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri sebaliknya beliau bekerja dalam Pejabat Perdana Menteri sebagai Pengarah dalam bahagian ekonomi.

Beliau ditemui semasa program Korban Perdana Umno di bangunan Umno WTC KL.

‘Perjanjian’ tidak dimaklumkan secara rasmi-Zahid

 

 

Leave a Reply