Mahu kuasai pasaran

Mahu kuasai pasaran

Mahu kuasai pasaran
BRYAN (dua dari kanan) selepas melancarkan Panaflex Patch di Pavilion Bukit Jalil, semalam. SHAHRIL BADRI SAALI

HALEON Malaysia peneraju global dalam kesihatan pengguna, optimis untuk menguasai pasaran utama bagi produk penyelesaian sakit otot badannya, Panaflex Patch menjelang tahun depan.

Pengurus Besar, Malaysia, Singapura dan Brunei Haleon, Bryan Wong berkata, sebagai antara peneraju dalam kategori kelegaan kesakitan, pihaknya ingin melakukan sesuatu melebihi jangkaan dan berusaha dengan gigih untuk memperluas rangkaian sedia ada.

Katanya, produk kelegaan kesakitan Panaflex Patch memenuhi keperluan yang pelbagai pengguna selari dengan visi syarikat untuk memberikan pengguna kebebasan daripada kesakitan.



“Kami yakin untuk menguasai pasaran utama dalam rangkaian produk kelegaan sakit badan tahun depan, malah produk Panaflex Patch ini mengambil masa empat tahun penyelidikan dan pembangunan (R&D) menjadikannya betul-betul produk yang dapat memenuhi keperluan pengguna kerana sakit badan antara jenis kesakitan paling tinggi yang dialami oleh rakyat Malaysia.

“Selain itu, dari segi harga Panaflex Patch sangat berpatutan iaitu serendah RM5, bertindak cepat serta berkesan dan didatangkan dengan dua pilihan ‘Hot’ dan ‘Cool’,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS




Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Panaflex Patch di Pavilion Bukit Jalil, semalam.

Wong berkata, dengan sambutan diterima pelanggan, pihaknya menyasarkan jualan akan meningkat lebih tiga kali ganda berbanding sekarang.

Beliau berkata, Panaflex Patch dihasilkan melalui maklum balas daripada pelanggan yang mahukan produk penyelesaian kelegaan kesakitan dengan cara lebih berkesan dan pada harga mampu milik.

“Kami sentiasa mengutamakan keperluan pengguna dan disebabkan itu produk kali ini diperkenalkan sebagai respons kepada kelaziman kesakitan dan impaknya terhadap kesihatan harian rakyat Malaysia,” katanya.



Mahu kuasai pasaran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading