2 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru

2 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru

2 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru, Kuala Lumpur tengah malam tadi. FOTO Ihsan JBPM

Kuala Lumpur: Dua rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Uda, di Kampung Baru, di sini tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata 13 anggota bersama dua jentera bomba dan tangki air dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 12.08 tengah malam.

“Keluaran pasukan operasi jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan bantuan dari BBP Jalan Hang Tuah serta BBP Jalan Tun Razak dengan kekuatan anggota seramai 13 orang.



“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran membabitkan dua rumah tidak kekal yang musnah 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran itu tidak membabitkan kemalangan jiwa dan punca kejadian dalam siasatan pihak forensik.

2 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button