Banjir: Satu pusat pemindahan dibuka di Pontian

PONTIAN: Hujan lebat lebih dua jam semalam menyebabkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pontian, malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pontian memaklumkan, seramai 22 mangsa daripada enam keluarga dari Kampung Seri Bukit Panjang, dipindahkan ke PPS jam 8 malam tadi.



“Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bukit Panjang di sini selepas PPS berkenaan dibuka malam tadi.

“Kejadian banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan melebihi dua jam semalam yang bertembung dengan air pasang.

“Ia menyebabkan 22 mangsa daripada enam keluarga di Kampung Seri Bukit Panjang dipindahkan malam tadi,” katanya dalam kenyataan, awal pagi tadi.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button