Pahang bersedia hadapi PRU15 – Wan Rosdy

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Pahang bersedia hadapi PRU15 - Wan Rosdy
YAB Menteri Besar Pahang, dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail

Pahang antara negeri yang kini menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) bersedia untuk hadapi PRU15, demikian kata Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy mengulas mengenai persediaan jentera serta kerja -kerja awal yang dilakukan oleh wakil rakyat BN di Pahang sejak 2018.



“permasalahan rakyat memang kita cakna dan kita membantu sehabis baik demi kesejahteraan rakyat.

“secara konsisten kita (wakil rakyat BN) kita turun kawasan dan kebajikan rakyat kita jaga” Wan Rosdy Wan Ismail.

Banyak masalah yang dihadapi Pahang diselesaikan secara berperingkat mengikut perancangan yang telah dibuat.



Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di WTC Kuala Lumpur.

Pahang bersedia hadapi PRU15 - Wan Rosdy

Pahang yang kini di bawah pentadbiran Wan Rosdy mencatat banyak perubahan besar sejak 2018, antaranya hutang negeri berjaya diturunkan sehingga kurang dari RM800 juta dari RM3 billion sebelum ini.

Banyak insentif turut diperkenalkan untuk rakyat Pahang dan yang terbaru insentif Skim Tanah Warisan (STW) yang akan dilancarkan pada 13 Ogos ini.



Pahang juga mencatatkan jumlah pelaburan yang membanggakan hingga menduduki tempat ketiga dalam senarai penerima pelaburan tertinggi Malaysia.

“Dulu kita ingat dia BERSATU” – Zahidi Zainul

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button