JAWI jalin kerjasama PDRM ambil tindakan kumpulan Hadi Minallah

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan untuk melakukan siasatan dan tindakan susulan terhadap kegiatan kumpulan Hadi Minallah.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata siasatan itu berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

Beliau berkata, sebarang usaha menyebarkan ajaran yang bercanggah dengan akidah Islam haruslah dibanteras habis-habisan.

“Umat Islam disarankan agar sentiasa merujuk kepada autoriti agama bagi mengenal pasti dan menangkis anasir mengelirukan dari segi akidah, syariah dan pemikiran yang memesongkan akidah.



“Keperluan untuk menjauhkan diri daripada sebarang kegiatan yang menyeleweng ajaran Islam yang sebenar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilaporkan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti lokasi pusat penyebaran ajaran sesat Hadi Minallah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata maklumat itu telah disalurkan kepada JAWI, yang mempunyai bidang kuasa bagi membanteras penyebaran fahaman sesat itu.

Satu video sebelum ini tular, memaparkan tindakan beberapa wanita berniqab memeluk dan mencium tangan seorang lelaki dipercayai pengasas ajaran itu dalam satu majlis di sebuah pulau di utara tanah air.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker