Wakil Amanah kecam sikap ‘biadab’ pegawai Zuraida

Wakil Amanah kecam sikap ‘biadab’ pegawai Zuraida

Wakil Amanah kecam sikap ‘biadab’ pegawai Zuraida

 

PETALING JAYA: Raja Kamarul Bahrin dari Amanah mengecam pegawai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan menyatakan individu itu tidak sopan kerana lantang menegur pakar kesihatan yang membuat kritikan terhadap langkah sanitasi awam.



Raja Kamarul berkata, beliau terkejut kerana Nor Hizwan Ahmad, yang juga setiausaha politik Zuraida Kamaruddin, secara lantang dan terbuka menegur Dr Adeeba Kamarulzaman.

“Pangkat Nor Hizwan Ahmad sebagai setiausaha politik menteri tanpa ilmu serta kemahiran dan pengalaman bidang perubatan yang mendalam, tidak mungkin boleh mengatasi ilmu yang dimiliki oleh tiga pakar perubatan seperti Dr Adeeba Kamarulzaman, seorang pakar penyakit berjangkit dan juga merupakan panel Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pendirian Adeeba mengenai sanitasi awam disokong oleh dua pakar kesihatan yang lain.

Dalam mempertahankan aktiviti sanitasi awam kementerian, Nor Hizwan memilih Adeeba untuk memintanya memberi fokus kepada Selangor, yang mencatatkan kes Covid-19 tertinggi setiap hari.



Adeeba juga merupakan sebahagian daripada pasukan petugas Covid-19 Selangor.

“Mari bekerjasama untuk mencari jalan keluar kerana sekarang bukan waktunya untuk mencari kesalahan dengan siapa pun,” kata Nor Hizwan dipetik berkata selepas Adeeba, seorang pakar penyakit berjangkit, mengatakan sanitasi awam adalah satu pembaziran sumber.

Raja Kamarul, yang juga bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata, dalam masa kita menghadapi kekurangan kewangan dan tenaga kerja kritikal kita perlu bekerja secara “pintar bukan sekadar rajin sahaja”.

“Di waktu negara menghadapi krisis, biarlah ilmu dan pengetahuan memimpin di hadapan dan bukan pula nafsu dan kesombongan didahulukan,” katanya.



Wakil Amanah kecam sikap ‘biadab’ pegawai Zuraida


Baca Artikel MenariK

Vellfire KEP 5000 Milik SADA Atau Menteri Besar Kedah?


Ismail Sabri Arah Kilang Arak Tutup Operasi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button