Bekalan di 397 kawasan terjejas pulih 8 malam ini

KUALA LUMPUR: Bekalan air di kawasan yang terjejas berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) awal pagi semalam, dijangka pulih sepenuhnya jam 8 malam ini.

Air Selangor dalam kenyataan berkata, setakat jam 9 pagi tadi status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas mencapai 95 peratus.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza bagi setiap kawasan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” kata kenyataan itu.



Setakat jam 10 pagi tadi kawasan yang belum pulih bagi wilayah Hulu Langat adalah Balakong, Bandar Sunway Semenyih, Bandar Teknologi Kajang, Taman Desa Mewah dan Taman Industri Desa Semenyih.

Bagi wilayah Kuala Lumpur pula membabitkan kawasan Bukit Permai Industri, Kampung Cheras Baru (Jalan 4-14 dan Jalan 38-52), Kampung Cheras Baru (Jalan 49), Pandan Bistari, Taman Bukit Pandan, Taman Bukit Permai.

Taman Bukit Teratai, Taman Mawar, Taman Mega Jaya, Taman Melur, Taman Muda, Taman Pandan Mewah, Taman Putra, Taman Saga dan Taman Seraya.

Air Selangor menyarankan pengguna yang sudah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.



Semalam, BH melaporkan sejumlah 397 kawasan di tiga wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan bermula jam 10 pagi hingga 3.30 petang berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada jam 4.30 pagi kelmarin.

Henti tugas sementara itu berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Karak, Pahang akibat kes kemalangan di Kilometer 75.9 Lebuhraya Karak-Bentong menuju Kuala Lumpur.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button