Helikopter terhempas, enam tentera Pakistan maut

Helikopter terhempas, enam tentera Pakistan maut

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya enam anggota tentera Pakistan terbunuh dalam insiden helikopter terhempas di barat daya negara ini.

Menurut kenyataan ketenteraan, helikopter tersebut terhempas berhampiran Khost, iaitu sebuah pekan kecil di wilayah Balochistan yang bersempadan dengan Afghanistan dan Iran.

“Sebuah helikopter yang melakukan penerbangan terhempas malam semalam. Enam anggota tentera termasuk dua juruterbang maut,” jelas kenyataan itu.



Setakat ini, pihak berkuasa Pakistan tidak menyatakan punca nahas membabitkan helikopter tersebut.

Pada awal bulan lalu, enam tentera negara ini termasuk pegawai tertinggi terbunuh apabila helikopter mereka terhempas ketika melakukan misi bantuan banjir di Balochistan. – AFP

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?


 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button