BN hampir selesai bahagi kerusi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) selesai sebahagian daripada pembahagian kerusi di antara gabungannya untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Naib Pengerusinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata proses bagi sebahagian lagi pembahagian kerusi masih berjalan sebelum diumumkan.

“Kita dah selesai sebahaguan daripada proses dan ia masih berjalan. Apabila tiba masanya kita akan umumkan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.



Terdahulu, Ka Siong yang juga Presiden MCA menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Mesyuarat dipengerusikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Pengerusi BN, Tan Sri S Vigneswaran dan Tan Sri Joseph Kurup.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button