Politeknik Malaysia gondol dua emas acara sofbol

Pasukan sofbol wanita Politeknik Malaysia merangkul pingat emas selepas membenam Universiti Teknologi Mara (UiTM) sempena Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022, semalam.

Oleh Azrin Muhammad

TANJUNG MALIM – Politeknik Malaysia mendominasi acara sofbol di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 apabila membolot dua pingat emas menerusi kedua-dua kategori lelaki dan wanita.



Acara yang dipertandingkan di Padang Istiadat, Kampus Sultan Azlan Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu menyaksikan pasukan wanita Politeknik Malaysia mengalahkan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan penuh bergaya.

Kapten pasukan, Nur Aishah Khairul Anuar memberitahu, kejayaan yang diraih itu sangat bermakna dan menjadi pengubat kekecewaan bagi edisi lalu apabila terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

“Saya dan juga pasukan sangat gembira dan berbangga kerana berjaya membuat kemunculan semula sebagai pemenang selepas membalas dendam dengan kekalahan kepada pasukan sama iaitu UiTM bagi edisi terdahulu.

“Kami benar-benar sudah bersedia sepenuhnya untuk SUKIPT kali ini dan telah menjalani latihan berterusan, saya berpendapat ia menjadi kunci kepada kemenangan pada hari ini (semalam),” katanya kepada media tempatan, di sini semalam.



Sementara itu, pasukan lelaki Politeknik Malaysia pula dinobatkan sebagai juara selepas berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dengan kemenangan tipis 5-4 pada perlawanan akhir, sekali gus memperbaiki pencapaian mereka bagi edisi 2018 apabila menamatkan saingan di tempat ketiga.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading