Deraf bocor, siapa ‘musang’ dalam Mahkamah?



 

Datin Sri Rosmah Mansur

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Baru beberapa hari lepas heboh deraf penghakiman Najib Razak bocor, hari ini deraf penghakiman Rosmah pula bocor.

Siapa sebenarnya yang mempunyai akses kepada penghakiman dan menjadi ‘musang’ di Mahkamah?

Deraf bocor lagi, siapa 'musang' dalam Mahkamah?

Perkara tersebut dibongkarkan oleh Raja Petra Kamarudin menerusi portal Malaysia Today



Namun hanya 3 muka surat deraf dari 74 muka surat didedahkan.

Deraf bocor lagi, siapa 'musang' dalam Mahkamah?

Bagaimanapun, deraf tersebut tidak ditulis oleh mana-mana Hakim tetapi oleh seseorang yang tidak dikenali.

Menurut portal tersebut, Hakim hanya akan membacakan penghakiman yang disediakan sahaja.

Isteri Dato Sri Najib itu juga dibenarkan memfailkan rayuan terhadap kes yang disabitkan terhadapnya.



Nasib Rosmah sebenarnya sudah ditentukan menurut laporan portal itu lagi. Beliau berdepan tuduhan rasuah berkait projek membekalkan tenaga solar di Sarawak bernilai RM1.25 billion.

Deraf bocor lagi, siapa 'musang' dalam Mahkamah?

Adakah perkara bocor-membocor penghakiman kini menjadi kemestian dalam Mahkamah bila seseorang mempunyai kaitan dengan Najib Razak?

Kebetulan atau wujud konspirasi untuk memastikan Najib dan Rosmah masuk ke penjara dan dilabelkan sebagai banduan?

Ini menimbulkan spekulasi kalangan pemerhati dan rakyat yang mengikuti perjalanan kes berprofil tinggi.



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker