Rafizi dicabar bawa trak masuk terowong

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Rafizi dicabar bawa trak masuk terowong



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi hari ini mencabar Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk membawa trak untuk masuk ke terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Beliau mencabar agar Rafizi menunjukkan dimanakah “Terowong Lim Guan Eng” yang bernilai RM6.3 billion tersebut.

Rafizi dicabar bawa trak masuk terowong

Puad membandingkan projek terowong dengan projek LCS yang mengalami kelewatan dari jadual asal dan diburukkan dengan karenah Pakatan Harapan yang membekukan projek LCS.



“Penghantaran kapal pertama lewat dari tarikh asal pada April 2019. Kelewatan itu tambah parah kerana dibekukan oleh Kerajaan PH. Tetapi LCS tidak ghaib macam terowong.”

Sebelum ini, Rafizi menyerang isu LCS dan mendakwa ada penglibatan seorang individu bernama Zainab Salleh. Rafizi turut mendakwa Zainab merupakan isteri kepada Dr Latiff Ahmad.

Bagaimanapun satu laporan polis telah dibuat terhadap Rafizi berkaitan perkara tersebut.



Rafizi pula mencabar agar Latiff mengemukakan SAMAN ke atas beliau atas dakwaan berkaitan Zainab Salleh serta penglibatan dalam projek LCS.

Jika difikirkan kembali, mana mungkin Rafizi mahu mentelaah segala projek yang dibuat oleh Pakatan Harapan semasa mereka memerintah selama 22 bulan.

Lebih-lebih lagi pendedahan yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dalam Parlimen mengenai projek RUNDING TERUS bernilai RM6.61 billion oleh PH.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button