Polis rampas rokok tidak bercukai RM7.7 juta



Johor Bahru: Polis merampas 1,029 kotak berisi rokok pelbagai jenis yang tidak bercukai bernilai lebih RM7.7 juta dalam serbuan ke atas sebuah tempat penyimpanan rokok, semalam.

Serbuan ke atas premis di Jalan Belati, Taman Perindustrian Maju Jaya, Kempas itu dibuat 12.30 tengah hari, sejam selepas serbuan dilakukan di sebuah premis penyimpanan minyak diesel bersubsidi di jalan yang sama.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya merampas 347 kotak rokok jenama Redwood warna merah dan hijau, 514 kotak rokok jenama Bosston warna biru, ungu dan merah, serta 168 rokok Pragon warna merah dan biru.

“Semua 1,029 kotak rokok ini bernilai RM7,717,500 termasuk cukai,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.



Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Terdahulu, pada 11.30 pagi hari yang sama, polis menyerbu sebuah tempat penyimpanan minyak diesel bersubsidi di jalan berkenaan.

Serbuan itu dibuat susulan penahanan dua lelaki tempatan di dua lokasi berasingan, sebelum tiga lelaki warga asing turut ditahan di tempat penyimpanan minyak diesel bersubsidi berkenaan.

Dalam tiga serbuan diesel bersubsidi, polis merampas sebuah lori bernilai RM36,200 bersama muatan 46,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM105,800 dan merampas wang tunai bernilai RM17,722 dipercayai digunakan untuk melakukan transaksi pembelian minyak diesel bersubsidi di sekitar daerah ini.



METRO



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker