Tok Mat ‘tamak’, siapa “hantu” sediakan skrip?



Oleh – Bakhtiar Omar


Tok Mat 'tamak', siapa "hantu" sediakan skrip?
Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan Timbalan Presiden UMNO

 

Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan atau dikenali sebagai Tok Mat digambarkan ‘tamak’ oleh tentera siber dalam media sosial. Jika meneliti ‘serangan’ tersebut, ia seperti sebuah naskah berupa skrip, tinggal untuk dibacakan.

Siapa “hantu” yang sediakan skrip tersebut? Apa yang ditakuti sebenarnya jika seseorang ahli politik berpindah kawasan? Adakah tidak yakin dengan kemampuan sendiri?

 

Tok Mat 'tamak', siapa "hantu" sediakan skrip?

 

Dalam isu ini, Khairy sendiri akur kepada keputusan parti sekiranya beliau berpindah kawasan bertanding. Lihat sahaja bagaimana yakinnya pemimpin lawan apabila mereka berpindah kawasan bertanding.



Bayangkan, Wan Azizah, Nurul Izzah, Lim Guan Eng, Hannah Yeoh, Mohamad Sabu (sekadar beberapa nama) berjaya memenangi pilihanraya selepas bertukar kawasan. Mereka menunjukkan contoh survival politik yang amat tinggi.

 

Tok Mat 'tamak', siapa "hantu" sediakan skrip?

 

Melihat senario bentuk ‘serangan’ terhadap kepimpinan tertinggi Umno yang dilakukan saban hari, tidak mustahil ada penggerak belakang tabir yang sedang menyusun gerakan tertentu untuk menjatuhkan imej pemimpin Umno.

Modus operandi menggunakan media sosial sememangnya senjata yang sangat ampuh bagi melemahkan seseorang pemimpin.

Tok Mat 'tamak', siapa "hantu" sediakan skrip?

Ramai netizen lebih mempercayai apa yang terkandung di media sosial dan tidak mahu membuang masa menyelidiki kesahihan kisah yang disampaikan.



Penyokong KJ perlu memberi beliau keyakinan untuk berpindah kawasan bagi membuktikan kemampuan sebenar Menteri Kesihatan itu.

Siapa tahu, kelak KJ akan jadi ‘Giant Killer’ dalam politik.

BACA 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker