Hatrik Lewandowski musnahkan Plzen 5-1

BARCELONA: Robert Lewandowski menandakan penampilan pertamanya dalam Liga Juara-Juara bersama Barcelona menerusi jaringan hatrik ketika skuad Xavi Hernandez membelasah Viktoria Plzen 5-1 di Camp Nou.

Barca, yang gagal melepasi peringkat kumpulan musim lalu juga menyaksikan Franck Kessie dan Ferran Torres meledak menerusi persembahan hebat.

Lewandowski kini menjaringkan lapan gol dalam hanya lima penampilan buat kelab baharunya dalam semua kejohanan.



“Saya tahu sejak awal di sini bahawa ia akan menjadi sesuatu yang penting untuk menyesuaikan diri sejak perlawanan pertama,” katanya kepada uefa.com.

“Hari ini ialah hari kelahiran isteri saya, jadi gol ini ialah untuknya. Kehadirannya di stadium pada hari lahirnya amat bermakna. Sesuatu yang menakjubkan buat saya.”

Bagaiamanapun masih ada ujian lebih berat buat juara lima kali Eropah itu dengan Bayern Munich dan Inter Milan juga berada dalam Kumpulan C.

Gergasi dari Catalan itu akan berkunjung ke Allianz Arena Selasa depan bagi ujian sebenar bagaimana mereka sudah bersedia sejak 12 bulan lalu selepas Bayern menang 2-0 di San Siro.

Lewandowski kini mendahului Karim Benzema yang berada di tangga ketiga penjaring terbanya Liga Juara-Juara dengan 87 gol, dan yang pertama buat kelab baharunya.



“Saya tidak tahu jika Robert ialah penyerang terbaik di Eropah, tetapi bagi kami dia adalah yang terbaik,” kata Xavi.

“Dia membantu kami bermain dengan baik, dia memberi tekanan, dia memberi banyak penyelesaian dalam serangan. Sangat matang sebagai pemain dan sangat menakjubkan.

“Dia menjaringkan hatrik tetapi lihatlah bagaimana dia bekerja untuk pasukan.”

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button