Gempa bermagnitud 5.8 gegar barat Indonesia

JAKARTA,19 Okt — Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter menggegar bahagian barat Indonesia pada Isnin, menurut agensi meteorologi dan geofizik.

Gempa melanda pada pukul 14:31 petang waktu Jakarta dengan pusat gempa di 33 kilometer (km) barat daya Pulau Pagai Selatan wilayah Sumatera Barat dan 14 km di bawah dasar laut, kata Widjatmoko, pegawai di agensi itu.

Enam belas minit kemudian, gempa susulan bermagnitud 5.7 pula berlaku, katanya kepada Xinhua.

Menurut beliau, agensi itu tidak mengeluarkan amaran tsunami.



Indonesia sering dilanda gempa bumi kerana kedudukannya di zon gempa yang disebut “Lingkaran Api Pasifik.”

— BERNAMA

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU



UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button