Kertas siasatan Nazlan, apa tindakan seterusnya?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Kertas siasatan Nazlan, apa tindakan seterusnya?

 



Pada 21 Ogos 2022, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mengesahkan kertas siasatan terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Ghazali tidak berada di Pejabat Peguam Negara.

Bagaimanapun, semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan, kertas siasatan tersebut berada bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kertas siasatan Nazlan, apa tindakan seterusnya?

“Dari perspektif kami, kami berpendapat bahawa kami telah menyelesaikan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada mereka. Biasalah kertas itu berulang-alik. Jadi sekarang kertas siasatan itu bersama pegawai saya untuk tindakan lanjut,” – Azam Baki



Sebelum ini, Raja Petra Kamarudin, mendedahkan Mohd Nazlan Ghazali menerima bayaran untuk “perkhidmatan” dari seseorang. Malah, Raja Petra turut membongkarkan penglibatan Nazlan dalam penubuhan SRC International ketika masih bersama Maybank.

Beliau turut mendedahkan nombor akaun Maybank milik Nazlan bagi tujuan pengesahan tetapi dipadamkan kemudiannya.

Kertas siasatan Nazlan, apa tindakan seterusnya?

Nazlan yang didakwa mempunyai konflik kepentingan dalam kes membabitkan Najib Razak telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra namun sehingga kini tiada siapa tahu apa tindakan terhadap laporan tersebut.



Umno menerusi Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa agar SPRM mengesahkan kesahihan dokumen berkaitan Nazlan.

Persoalan yang timbul hari ini ialah, apa tindakan SPRM dan Pejabat Peguam Negara terhadap laporan atas Nazlan? Adakah akan terus didiamkan atau akan ada tindakan sewajarnya diambil?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button