Polis keluarkan 127 saman dalam Opersi Samseng Jalanan

Polis keluarkan 127 saman dalam Opersi Samseng Jalanan

Polis keluarkan 127 saman dalam Opersi Samseng Jalanan
Anggota polis trafik mengeluarkan saman kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan semasa Op Cegah Samseng Jalanan yang dijalankan di Jalan Tun Fuad Stephens, tengah malam tadi. -Foto NSTP/Mohd Amin Arinin

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu mengeluarkan 127 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Tun Fuad Stephens, di sini bermula 1 November hingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris, berkata semua saman itu dikeluarkan menerusi 12 Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan berkenaan.

Katanya, jalan di kawasan itu dipercayai sering dijadikan ‘port’ oleh individu mahupun berkumpulan melakukan aksi bahaya setiap hujung minggu sehingga mengganggu ketenteraman serta keselamatan pengguna jalan raya.



“Oleh itu, operasi ini bertujuan menangani isu samseng seperti menduga kelajuan, membuat bunyi bising daripada kenderaan yang diubah suai hingga mengganggu ketenteraman serta keselamatan pengguna jalan raya.

“Menjadi kebanggaan dalam kalangan mereka apabila berjaya melakukan aksi berkenaan untuk dimuat naik di media sosial seperti Tik Tok, Instagram dan lain-lain platform media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan Operasi Samseng di kawasan berkenaan, malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kalsom berkata, antara 127 saman yang dikeluarkan adalah membabitkan kesalahan tiada lesen memandu, nombor kenderaan palsu, ubah suai kenderaan, dan cukai jalan tamat tempoh.



“Kita yakin kehadiran anggota polis di kawasan berkenaan mampu membantu atau mengatasi aktiviti samseng jalan di kawasan berkenaan.

“Operasi ini akan diteruskan dalam memastikan kawasan itu tidak lagi dijadikan ‘port’ dengan aksi bahaya dan bunyi bising sehingga penghuni di bangunan dan hotel sekitarnya terganggu,” katanya.

Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?



Polis keluarkan 127 saman dalam Opersi Samseng Jalanan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button