Mesyuarat MKT UMNO Minggu Hadapan Akan Menentukan Nasib Ismail Sabri?

Mesyuarat MKT UMNO Minggu Hadapan Akan Menentukan Nasib Ismail Sabri?

Kami mendapat maklumat akhirnya Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT UMNO) dikatakan akan mengambil tindakan tegas terhadap Ismail Sabri Ya’acob.

Keputusan MKT UMNO itu dilaporkan adalah berdasarkan beberapa pelanggaran displin parti yang telah dilakukan oleh Ismail Sabri sebagai Naib Presiden UMNO dan juga ahli UMNO.

Dalam Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO jelas menyatakan semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:



(a) Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;
(b) Mengikut perintah-perintah parti;
(c) Menjalankan dasar-dasar parti;
(d) Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti;
(e) Menjaga rahsia-rahsia parti;
(f) Memelihara nama baik dan maruah parti;
(g) Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.

Sekiranya MKT UMNO mendapati Ismail Sabri telah melanggar displin parti, maka antara tindakan yang boleh dikenakan ialah seperti yang tercatat di dalam Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO:

Tanpa menjejaskan kuasa Majlis Kerja Tertinggi, Lembaga Disiplin Pusat atau Jawatankuasa Displin Negeri boleh mengenakan mana-mana hukuman terhadap ahli-ahli yang telah melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO seperti berikut:

(a) Di beri amaran;
(b) Digantung hak-haknya dalam parti;
(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun
sebagai calon dalam Pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan
Negeri bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Kerja Tertinggi;
(d) Dipecat daripada Parti setelah disahkan oleh Majlis Kerja Tertinggi;
(e) Dikenakan lain-lain tindakan hukuman yang difikirkan wajar dan selaras
dengan Perlembagaan ini.



Baca di sini:

Perlembagaan UMNO 2022 (PDF)

Alasan Tindakan Displin Terhadap Ismail Sabri

Pada pandangan kami, kepimpinan tertinggi UMNO sudah terlalu banyak memberikan ruang dan peluang kepada Ismail Sabri.

Telah beberapa kali beliau didapati telah membelakangi keputusan yang telah ditetapkan oleh MKT UMNO, malah Persidangan Agung UMNO (PAU) dan PAU Khas 2022.



Semasa MKT UMNO membuat keputusan untuk menarik sokongan dari Muhyiddin Yasin, melalui mandat yang diberikan oleh perwakilan dalam PAU 2020, Ismail Sabri telah menongkah arus.

Beliau bersama beberapa ahli parlimen UMNO sebaliknya telah membuat sidang media untuk menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin Yasin.



Ismail Sabri juga telah didapati tidak bercakap benar kepada MKT UMNO apabila beliau mengatakan tiada perjanjian yang dilakukan beliau bersama Muhyiddin semasa peralihan kuasa.

Mesyuarat MKT UMNO dijangka akan diadakan pada 17 September 2022.

Apakah keputusan MKT UMNO?



Dan apakah nasib Ismail Sabri sekiranya MKT UMNO menggantung atau memecat keahlian beliau sebagai ahli UMNO?

Dijangkakan, sekiranya itu berlaku, sudah pasti UMNO juga akan mengarahkan semua ahli parlimen UMNO supaya menarik balik sokongan ke atas Ismail Sabri.

Sekiranya itu berlaku, besar kemungkinan SPB YDP Agong akan mengambil langkah untuk membubarkan parlimen.

Baginda sudah menyatakan sebelum ini, perlantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri melalui surat Akuan Bersumpah (SD) adalah yang terakhir.



Sekiranya perkara yang sama berlaku lagi, maka baginda tidak akan teragak-agak untuk membubarkan parlimen.

Segala-galanya akan terjawab apabila Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan memberikan sidang media selepas mesyuarat MKT UMNO pada 17 Ogos 2022 nanti.

 

Mesyuarat MKT UMNO Minggu Hadapan Akan Menentukan Nasib Ismail Sabri?

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button