Ismail Sabri Masuk Perangkap Hadi Awang Dan Muhyiddin

Ismail Sabri Masuk Perangkap Hadi Awang Dan Muhyiddin

Beberapa hari lepas, Presiden PAS, Hadi Awang, membuat kenyataan bahawa masih terdapat rundingan antara UMNO dan PAS tetapi tidak melibatkan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi.

Malah dengan angkuhnya Hadi mengatakan bahawa UMNO bukan hanya presiden dan timbalan presiden sahaja.



Tetapi UMNO juga terdiri dari beberapa naib presiden, ketua bahagian dan akar umbi.

Jadi beliau tidak menganggap kenyataan DS Zahid bahawa tiada lagi kerjasama dengan PAS sebagai kenyataan parti UMNO.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/634439



Ramai pemimpin UMNO turut terpedaya dengan permainan yang dipersembahkan oleh presiden PAS itu.

Selepas itu, Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, pula mengeluarkan kenyataan bahawa sebagai Pengerusi PN, beliau mahu Hadi supaya memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

Baca di sini:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/879679/muhyiddin-tuntut-penjelasan-pas-berhubung-kerjasama-dengan-umno



Kami melihat kenyataan Muhyiddin itu sebagai cubaan menimbulkan persepsi kononnya wujud suasana panik di pihak PN dengan tindakan PAS itu.

Sehari selepas Muhyiddin keluarkan kenyataan menuntut PAS memberikan penjelasan, PN keluarkan kenyataan bahawa tidak ada perundingan rasmi antara UMNO dan PAS berlaku.

Sebenarnya apa yang sedang cuba PPBM dan PAS lakunkan?



Ada beberapa fakta yang mesti kita lihat sekiranya tidak mahu terperangkap dalam permainan politik PAS dan PPBM.

Pertama, apakah sebagai seorang ahli politik veteran, Hadi Awang tidak tahu bahawa segala perundingan antara UMNO dan PAS sekiranya tidak melibatkan kepimpinan tertinggi adalah tidak sah?

Sudah pasti Hadi Awang mengetahuinya, tetapi mengapa beliau masih lagi menganggap ianya sebagai satu rundingan antara UMNO dan PAS?

Kedua, apakah benar Muhyiddin tidak tahu bahawa berlakunya rundingan dalam gelap antara UMNO dan PAS?



Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin, yang mengawal PDRM datangnya dari PPBM.

Sudah pasti unit khas atau ‘special branch’ PDRM ada memberi maklumat kepada Hamzah mengenai beberapa siri pertemuan antara pemimpin UMNO dan PAS.

Sangat mustahil sekiranya Hamzah tidak memaklumkan perkembangan itu kepada Muhyiddin Yasin.

Apa Sebenarnya Perancangan PPBM Dan PAS?

Apa sebenarnya yang cuba mereka lakukan?



Yang jelas, mereka cuba untuk memecahbelahkan UMNO.

Mereka cuba menimbulkan keresahan akar umbi dengan mengatakan ada kalangan pemimpin tertinggi UMNO terlibat dalam rundingan dengan PAS.

Sekiranya apa yang mereka rancangkan berjaya, ianya bukan sahaja boleh menimbulkan perpecahan di peringkat akar umbi UMNO.

Malah juga di peringkat kepimpinan tertinggi UMNO.

Maklumat yang sampai kepada kami ialah, memang benar perbincangan itu berlaku, tetapi ianya boleh dianggap sebagai perbincangan kedai kopi.

Tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang terlibat itu membawa mandat dari MKT UMNO.

Yang pasti ialah Ismail Sabri yang dilihat ‘merestui’ perbincangan itu telah di kambing hitamkan oleh PAS dan PPBM.

Kemarahan akar umbi UMNO terhadap Ismail Sabri semakin memuncak, walau pun tidak ada bukti yang sahih beliau menghadiri perbincangan itu.

PAS dilaporkan telah memberi harapan palsu kepada Ismail Sabri apabila dalam perbincangan itu bersetuju untuk melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas PRU 15.

Tetapi lebih awal dari itu, PAS melalui Hadi Awang telah mengumumkan bahawa Muhyiddin Yasin adalah calon PM dari PN sekiranya mereka membentuk kerajaan.

Kini segala-galanya terpulang kepada Ismail Sabri, sama ada mahu kembali ke pangkuan UMNO atau terus hanyut dengan harapan palsu yang diberikan oleh PN.

 

Ismail Sabri Masuk Perangkap Hadi Awang Dan Muhyiddin

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button