Apakah Dosa DS Najib Sehingga Beliau & Keluarga Terus Di Fitnah Tanpa Rasa Simpati!!!

Apakah Dosa DS Najib Sehingga Beliau & Keluarga Terus Di Fitnah Tanpa Rasa Simpati!!!

Apakah Dosa DS Najib Sehingga Beliau & Keluarga Terus Di Fitnah Tanpa Rasa Simpati!!!

Semalam kami mendedahkan bagaimana kartunis Zunar cuba menyebarkan fitnah ke atas DS Najib.

Baca di sini:



https://my-tv.online/2022/09/09/kartunis-zunar-penghasut-baru-malaysia-mampukah-beliau-mengatasi-rafizi/

Apa yang dilakukan Zunar bukan sekadar fitnah, tetapi sebenarnya ia cuba memperbodohkan keseluruhan rakyat Malaysia.

Hari ini melalui pembaca kami, sekali lagi kami mendapat kiriman mengenai fitnah yang cuba disebarkan.

Kali ini bukan ke atas DS Najib, tetapi ke atas isteri beliau DS Rosmah Mansur.



Baca di sini:

https://www.facebook.com/zam.syam.37/videos/381320964014487/

Seorang pengguna Facebook di atas nama akaun Zamani Zaman, telah memuatnaik sebuah video pendek berdurasi 2:27 saat.

Caption yang beliau gunakan untuk menjelaskan video tersebut adalah:



‘Video Rosmah & Pegawai Bawa Banyak Beg & Wang Berbilion Masuk Private Jet’

Pada pengamatan kami, video tersebut merupakan video lama.

Tetapi yang menjadi tandatanya ialah, apakah tujuan Zamani Zaman memuatnaik semula video lama.

Dan tarikh beliau memuatnaik video tersebut adalah pada 2 September 2022, iaitu sehari selepas DS Rosmah dijatuhkan hukuman.



Untuk rekod, DS Rosmah disabitkan kesalahan oleh mahkamah pada 1 September 2022.

Apakah Dosa DS Najib Sehingga Beliau & Keluarga Terus Di Fitnah Tanpa Rasa Simpati!!!

Adakah Zamani berniat untuk menyebarkan fitnah bahawa DS Rosmah cuba untuk melarikan diri dari Malaysia?

Dan apakah Zamani mahu menyebarkan fitnah bahawa DS Rosmah mahu melarikan diri dengan duit berbilion-bilion.

Dari semakan kami, Zamani Zaman adalah seorang penyokong tegar salah sebuah parti yang menjadi komponen Pakatan Harapan.



Baca di sini:

https://www.facebook.com/zam.syam.37

Kami juga yakin bahawa Zamani Zaman tahu bahawa video klip itu adalah video klip yang lama.

DS Najib sudah pun berada di Penjara Kajang untuk menjalani hukuman 12 tahun penjara.



Kini DS Rosmah pula dalam proses rayuan atas sabitan kesalahan oleh mahkamah.

Sekiranya tewas dalam rayuan, DS Rosmah berhadapan dengan hukuman penjara 10 tahun.

Apakah dosa mereka berdua kepada kita.

Kalau pun Zamani menganggap DS Najib dan isteri beliau bersalah, selama 9 tahun menjadi Perdana Menteri, apakah langsung tidak ada jasa beliau kepada Zamani?

Janganlah hanya kerana perbezaan ideologi politik, kita mencampakkan kesemua sifat kemanusiaan yang Allah SWT berikan kepada kita.

Memetik kata-kata Ustazah Asma Harun, kita tidak boleh bergembira di atas musibah orang lain, apa lagi menyebarkan fitnah.

Semuga Allah SWT memberikan hidayahNya kepada pengguna Facebook Zamani Zaman.

 

Apakah Dosa DS Najib Sehingga Beliau & Keluarga Terus Di Fitnah Tanpa Rasa Simpati!!!

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button