Tite tak senarai Jesus dalam skuad Brazil



LONDON: Brazil tidak menyenaraikan penyerang Gabriel Jesus dalam senarai 26 pemain untuk aksi persahabatan bulan ini berdepan Ghana dan Tunisia tetapi Gleison Bremer dan Roger Ibanez tampil buat kali pertama.

Jurulatih Tite menamakan skuad terakhirnya sebelum Piala Dunia Qatar dengan pemain diberikan peluang untuk disenaraikan ke kejohanan berkenaan yang akan bermula pada 20 November.

“Ini akan memberikan peluang dan keadilan untuk aksi berikutnya (dalam senarai terakhir),” kata Tite dalam sidang media.

“Saya tidak boleh menutup senarai pemain untuk pasukan kebangsaan ketika ini, dan mungkin pemain lain akan muncul (sebelum Piala Dunia).”



Rakan sepasukan Jesus di Arsenal, Gabriel Martinelli dan Gabriel Magalhaes juga tidak disenaraikan bersama Philippe Coutinho dan Dani Alves manakala pemain Juventus, Bremer dan bintang AS Roma, Ibanez boleh mendapat peluang penampilan pertama di bahagian pertahanan.

Brazil akan menentang Ghana pada 23 September di Le Havre, Perancis dan Tunisia di Paris tiga hari kemudian.

Pada Piala Dunia, Brazil berada dalam Kumpulan G bersama Cameroon, Serbia dan Switzerland.

Skuad Brazil –



Penjaga gol: Alisson (Liverpool), Ederson (Manchester City), Weverton (Palmeiras)

Pertahanan: Bremer, Alex Sandro, Danilo (Juventus), Eder Militao (Real Madrid), Roger Ibanez (AS Roma), Marquinhos (Paris Saint Germain), Thiago Silva (Chelsea), Alex Telles (Sevilla)

Tengah: Bruno Guimaraes (Newcastle United), Casemiro, Fred (Manchester United), Everton Ribeiro (Flamengo), Fabinho (Liverpool), Lucas Paqueta (West Ham United)

Penyerang: Antony (Manchester United), Roberto Firmino (Liverpool), Matheus Cunha (Atletico Madrid), Neymar (Paris Saint Germain), Pedro (Flamengo), Raphinha (Barcelona), Richarlison (Tottenham Hotspur), Rodrygo, Vinicius Jr (Real Madrid).



– REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker