MUDA hanya dapat kerusi “Cap Ayam”

Belum tentu PH beri kerusi 'boleh menang'

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


MUDA hanya dapat kerusi "Cap Ayam"

MUDA dijangkakan hanya dapat kerusi “Cap Ayam” dan akan menghadapi kesukaran untuk mendapat kerusi kawasan ‘boleh menang’ jika bersama PH.



Menilai kenyataan Anwar Ibrahim yang mahu meneliti implikasi penyertaan MUDA sebagai gabungan dalam Pakatan Harapan, peluang bagi parti tersebut memenangi sekurangnya 1 kerusi atau mempertahankan kerusi sediada semakin malap.

Malah, kedudukan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Muar dikatakan sudah tidak selamat. Ini berikutan desas-desus seorang calon kategori professional akan mencabar Syed Saddiq di Muar.

MUDA hanya dapat kerusi "Cap Ayam"

 



Untuk mengelakkan pertembungan dan kemungkinan kalah, Syed Saddiq terdesak mencari kawasan yang boleh menjamin kemenangannya kelak.

Ini menambahkan lagi keresahan penyokong MUDA yang kini hanya ada 1 kerusi Parlimen dan 1 kerusi DUN di Johor.

Ketua Angkatan Muda PKR, Adam Adli sendiri seolah tidak mengalu-alukan kehadiran MUDA dalam gabungan PH. Mungkin beliau gusar sokongan anak muda kepada PKR berubah apabila mereka (PH) menerima MUDA.

Syed Saddiq arah pindah RM120,000 ke akaun peribadinya – Saksi

Sebagai sebuah gabungan parti yang melaungkan prinsip ketelusan dan menolak rasuah, PH mengambil kira kes yang dihadapi Syed Saddiq di Mahkamah. Malah, dari apa yang dikemukakan saksi di Mahkamah sangat tidak menyebelahi Syed Saddiq.



Bagaimana mahu menerima penyertaan parti itu sedangkan Presiden MUDA sendiri didakwa melakukan perbuatan pecah amanah di Mahkamah.

Syed Saddiq hadapi dua tuduhan pindaan kes pecah amanah

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button