Indonesia siasat kebocoran data kerajaan oleh penggodam
Indonesia siasat kebocoran data kerajaan oleh penggodam
JAKARTA: Indonesia menubuhkan pasukan tindak balas kecemasan untuk menyiasat kebocoran sejumlah data milik tokoh masyarakat dan surat-surat yang ditujukan kepada Presiden Joko Widodo.
Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat (Kominfo), Johnny G Plate, berkata pasukan itu akan dianggotai Badan Siber dan Enkripsi Negara, Kominfo, polis dan Badan Perisikan Negara (BIN).
“Mereka akan meneliti data yang beredar termasuk oleh penggodam, ‘Bjorka’,” katanya selepas mesyuarat bersama Presiden di Istana Merdeka, semalam.
Bagaimanapun, semakan awal mendapati data bocor itu berstatus umum dan bukan data spesifik yang terkini, kata Johnny.
Sepanjang minggu lalu, ‘Bjorka’ mendakwa telah mencapai beberapa data milik kementerian termasuk surat milik Joko Widodo serta surat dari agensi perisikan.
Sementara itu, Johnny berkata Kominfo masih menunggu jadual perbahasan di Parlimen mengenai rang undang-undang perlindungan data untuk memperkukuh infrastruktur keselamatan siber negara itu.
“Kita humban mereka” – Anwar naik ‘syeh’
Indonesia siasat kebocoran data kerajaan oleh penggodam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Ramli Ugut Pemimpin UMNO
- Pemandu Teksi Rindukan Zaman Najib
-
Gopal Sri Ram Kata Keadaan DS Najib Agak Teruk, KKM Kata DS Najib Sihat, PM Membisu Seribu Kata
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
“Kita humban mereka” – Anwar naik ‘syeh’